Welcome to Kampung Agong!
Hi and assalamualaikum guys!
Baru-baru ni sis dapat idea nak pergi day trip ke satu tempat viral ni. Terima kasih Facebook sebab naik kan post tempat ni kat my wall. Since sekarang dekat rumah, and back to back online class sampai merambu mata, plus stress toksah habaq la noh. Then, sis ajak member member setaman dan seangkatan dengannya untuk pergi lawat tempat viral tu.
So tempat viral tu nama dia Kampung Agong, Penaga. My feedback acah acah review ;
1. Kalau suka ambil gambar posing sampai tak ingat dunia silakan.
Tempat ni memang dia design untuk ambil gambar background cantik-cantik, props cantik-cantik and letuplah. So jangan expect hang boleh fefeeling atas buaian buaian dia lama-lama, atau nak posing lama-lama sebab memang berderet orang dok beratur tunggu turn. Untuk shoot gambar instagram or gambar kahwin memang letuplah. Masa sis pergi pun ada dalam tiga pasang pengantin mai photoshoot.
2. Tempatnya sangat besar, bawak stok ayaq banyak banyak.
Dia punya keluasan tu boleh tercabut kaki, kejung habis betis kaki, sakit pinggang toksah habaq la haha. So standby siap siap air mineral sebotol dua, sebab memang makan tenaga plus berkicap ketiak duduk tengah bendang woi. Another thing, better pergi dengan perut kenyang hati senang sebab kitaorg yang mai bawak makanan pun boleh lapaq balik lepas satu round pusing Kampung Agong.
3. Jangan mai time peak hour, which is waktu petang.
Better mai awai pagi, tapi rasa macam around 9 pagi baru dia bukak. Kalau tengah hari rembang tak best jugak sebab panas sangat so nak shoot tengah tengah bendang tu tak boleh la, nak bukak mata pun tak lepas. Kitaorg mari dalam pukul 1, pastu makan makan dulu bagi perut kenyang, round Kampung tu sampai pukul 5. Tu pun tak semua spot dapat pi. Tak larat kaki dah lenguh. Masa nak balik around pukul 5 tu, beratur manusia nak masuk heh. Nasib kami mai awai sikit.
4. Tak boleh bawa makanan luar (tapi kami hentam seludup masuk ja haha), surau, tandas kafe disediakan.
Comments
Post a Comment