Posts

Showing posts from February, 2018

Aida turns 17

Image
In the name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful. Aku sendiri tak percaya, rasa dah tampar pipi dua poloh kali sebab aku dah masuk 17. Okay ramai orang marah, 19, my last teen. Terlalu lama rupanya aku hidup. Weiyh, serius cakap aku still tak boleh brain the fact yang tahun depan angka depan DUAAAAA. Back to reality. Benda pertama yang aku first sekali fikir, selama 19 tahun aku hidup, adakah semua amalan aku diterima? Adakah hidup 19 tahun dah melayakkan aku ke syurga? Dosa yang aku kumpul tu dah bertimbun sampai tutup pintu syurga kah? Banyak weiyh yang aku fikir. Sebab pada hakikatnya 19 tahun kalau bagi pokok dengan kucing tu macam dah hidup mati hidup mati tiga kali. Tua sangat. Jadi, apa yang aku buat sebenarnya di hari hari lalu aku? Okay, cukup part muhasabah. Sekarang aku nak abadikan setiap momen momen yang berlaku sepanjang hari lahir aku yang KESEMBILAN BELAS. 1. Date with Allah Aku tengok podcast Aida Azlin yang episod ke entah berapa, tapi s

don't put any boundaries

Image
Malam ni tinggal aku berdua dengan hanin. Lagi dua orang roommates dah selamat pulang ke tanah negeri masing masing. Bukan aku sengaja tak nak balik, bohong lah kalau aku kata aku tak homesick. Tapi baru saja sekejap tadi Allah nak bagi petunjuk masa aku terbaca blog irdina, @anidriamin. Dalam blog dia, dia ada cakap, untuk menimba ilmu itu perlu pergorbanan termasuklah ke luar dari tanah ibunda. Merantau, mencari pengalaman, sebab kadang kadang persekitaran yang lebih banyak mendidik kita. Untuk aku duduk di negeri pantai timur ini, adalah satu perubahan besar dalam hidup. Jauh, dan semua benda kena kira. Termasuklah kos pengangkutan pergi dan balik. Dan aku juga sedar yang ibu ayah aku dah tak sama dengan ibu ayah orang lain. Cukuplah mereka perlu datang di hari konvekesyen aku. Amin. Ada satu benda yang bermain dalam fikiran aku. Di uni aku, tak semua orang ada latar belakang agama yang sama. Maksud aku di sini, ada yang diberi kesempatan untuk mendalami ilmu agama, secara khusu

Put Allah in everything.

Image
Last week, Aida Azlin ada post satu video pasal macam mana setiap benda yang kita buat dalam hidup menjadi sebahagian ibadah kepada Allah. Kalau kita renung balik dalam masa seharian kita, contoh daily routine aku, aku bangun pagi enam lebih lebih solat subuh then baca quran skit. Lepas tu, kelas kelas dan kelas lagi sampai petang. Antara maghrib dengan isya sahaja aku sempat nak lama lama pon baca quran. Itu kalau tak ada meeting atau perjumpaan. Tapi, Allah itu bukan ada hanya bila kita duduk atas sejadah, pakai telekung and baca al quran. Allah ada masa belajar Thermodynamics, Allah ada masa sir Ng tengah terang pasal active potential, Allah ada masa kau tengah kira mean median mode and Allah ada masa aku tengah duduk fikir berapa banyak carbon dalam carboxylic acid. Meaning, setiap apa yang kita lakukan, cuba ubah intention lillahi taala and at the end of class, cari reflection yang boleh kau kaitkan dengan Allah. Setakat yang aku cuba,biology yg paling obvious sekali sebab ba

Daddy's Girl

Image
Yesterday, mama ws and told that Abah baru ja buat minor operation. Abah seorang pesakit dialisis. And yes, lagi dua bulan genap setahun abah buat dialisis. Lepas baca ws mama, all the memories kept playing in my mind. Every single thing about abah and my future. Frankly speaking, I'm not a daddy's girl. Aku tak rapat dengan abah. Dari kecik aku sangat takut dengan abah. Abah macam pengetua yang bermisai tebal and abah ada rotan untuk ugut aku masa kecik. Pity me;) Aku jarang and sangat sangat jarang nak kongsi apa apa dengan abah. Semua benda aku prefer mama. Sebab mama tak menakutkan walaupun dia punya mulut lagi pedas dari abah. Bila aku masuk sekolah menengah, aku banyak tanya pendapat abah, sebab aku masuk kelab debat. Abah lagi paham hal hal ehwal negara dari mama. Dari situ aku bolehla communicate dengan abah. Bila besar and lagi besar, aku bolehlah terima nak sembang sembang ngan abah. Bunyi macam aku ni bukan anak abahkan. HAHA Tapi, walau macam mana sekal

love letter

Image
Love letter = something kita tunggu every week / every day. Ianya penuh dengan kata kata yang menenteramkan jiwa, meniupkan semangat untuk mulakan hidup dan penghubung di kala jauh beribu batu. Siapa kata single woman tak boleh terima surat cinta, malah lagi indah dari mereka yang berdua. Aida azlin bukan sahaja buat video, tapi juga menulis surat cinta setiap hari selasa. and alhamdulilah, Allah gerakkan hati aku untuk subscribe video aida azlin and subscribe love letter pula. hakikatnya, laluan ini lebih mendekatkan aku kepada sang pencipta, lebih subur rasa cinta aku kepadaNya. dalam seminggu, ada macam macam benda yang berlaku, sampai satu masa aku lupa untuk ingat Allah. Astagfirullah. But, comes love letter from Aida Azlin, which reminder for me to call my boyfriend! to ask him, to nag to him every single thing happened in life and for sure to say again and again that I love Him so much. So, if you want to have a reminder too so that you will not forget your bf, do subscr

celebrated Aina's birthday

Image
Assalamualaikum. Hari ini rasa sangat bosan like capital BOSAN. Satu, rasa macam terlalu banyak benda dah settle minggu ni HAHAHA *perasaan. Dua, rasa macam hari ni hari jumaat so party! untuk elakkan aku tidur petang hari ni, sebab minggu ni dah berapa kali aku tidur petang. HAHA aku nak update daily life kat sini. Last weekend birthday Aina, coursemate and ex classmate. Okay, having a birthday celebration dah jadi ritual dalam hidup kat CFS. It is a must untuk appreciate your friends. But ada dua tiga reflection dari setiap sambutan hari jadi, birthday prank kat CFS ni. Dalam hidup aku, ada tiga fasa yang aku sangat sangat ingat, and like melekat dalam kepala. Sebab aku macam lost childhood memories aku. Bukan amnesia, tapi macam sikit shaja yang aku ingat. So, tiga fasa ini sahaja yang aku ingat almost all the details. 1. Fasa sekolah rendah Bagi aku, zaman ini adalah zaman paling best. Sebab aku ada kawan yang sangat rapat like, sangat sangat sangat sangatttt rapat even sek