Put Allah in everything.

Last week, Aida Azlin ada post satu video pasal macam mana setiap benda yang kita buat dalam hidup menjadi sebahagian ibadah kepada Allah. Kalau kita renung balik dalam masa seharian kita, contoh daily routine aku, aku bangun pagi enam lebih lebih solat subuh then baca quran skit. Lepas tu, kelas kelas dan kelas lagi sampai petang. Antara maghrib dengan isya sahaja aku sempat nak lama lama pon baca quran. Itu kalau tak ada meeting atau perjumpaan.

Tapi, Allah itu bukan ada hanya bila kita duduk atas sejadah, pakai telekung and baca al quran. Allah ada masa belajar Thermodynamics, Allah ada masa sir Ng tengah terang pasal active potential, Allah ada masa kau tengah kira mean median mode and Allah ada masa aku tengah duduk fikir berapa banyak carbon dalam carboxylic acid. Meaning, setiap apa yang kita lakukan, cuba ubah intention lillahi taala and at the end of class, cari reflection yang boleh kau kaitkan dengan Allah. Setakat yang aku cuba,biology yg paling obvious sekali sebab banyak pasal badan manusia.

Jadi, dalam seharian kau sentiasa ingat Allah. Remember, itu lah goal kehidupan seorang manusia. Untuk menyembah Allah. Tak kata pun kat sini yang kau perlu baca al quran duapoloh empat jam. But, buat yang terbaik dalam apa jua bidang kerja kau, dengan niat kerana Allah dan itu cara untuk kau kumpul bekalan akhirat.

Fikir fikir balik apa sebab kau ada di atas muka bumi ini,
Salam tengah tunggu turn dobi,



aidasakinah.

Comments

Popular posts from this blog

Life

Room Tour

Drama Review : Lelaki Kiriman Tuhan