don't put any boundaries

Malam ni tinggal aku berdua dengan hanin. Lagi dua orang roommates dah selamat pulang ke tanah negeri masing masing. Bukan aku sengaja tak nak balik, bohong lah kalau aku kata aku tak homesick. Tapi baru saja sekejap tadi Allah nak bagi petunjuk masa aku terbaca blog irdina, @anidriamin. Dalam blog dia, dia ada cakap, untuk menimba ilmu itu perlu pergorbanan termasuklah ke luar dari tanah ibunda. Merantau, mencari pengalaman, sebab kadang kadang persekitaran yang lebih banyak mendidik kita. Untuk aku duduk di negeri pantai timur ini, adalah satu perubahan besar dalam hidup. Jauh, dan semua benda kena kira. Termasuklah kos pengangkutan pergi dan balik. Dan aku juga sedar yang ibu ayah aku dah tak sama dengan ibu ayah orang lain. Cukuplah mereka perlu datang di hari konvekesyen aku. Amin.

Ada satu benda yang bermain dalam fikiran aku. Di uni aku, tak semua orang ada latar belakang agama yang sama. Maksud aku di sini, ada yang diberi kesempatan untuk mendalami ilmu agama, secara khusus sebelum masuk uni. Dan sebahagian besar yang lain, nasib mereka sama seperti aku, ilmu agama pun cukup cukup datang masa belajar silibus SPM. Tapi, itu bukan satu tiket untuk kita bina jurang yang besar. Disebabkan ilmu agama aku cetek, maka mereka yang digelar alim menjauhkan diri. Mana peranan mereka untuk menyebarkan dakwah kononnya. 

Banyak benda yang aku rasa mereka ubah persepsinya. Contoh, dari segi kepimpinan. Dalam benak fikiran aku, aku anggap mereka yang alim itu lebih berketerampilan dalam berhujah sebagaimana ketrampilan baginda dalam kepimpinanannya. Tapi yang aku nampak hanyalah mereka bercakap perlahan di belakang, malu untuk tampilkan diri, malah hanya bergaul dengan golongan alim alim sahaja.

Ingatlah, dalam dunia ini, ada banyak jenis manusia. Dengan latar belakang yang berbeza. Kalau anda yang diamanahkan oleh agama tak mahu untuk membentuk diri untuk menyesuaikan diri dengan mereka yang jahil, bagaimana kejahilan akan terhapus. Sentuh hati mereka dengan budi bicara yang baik, bukannya memandang serong dan menghina dengan cara yang halus. Kerana ilmu Allah itu luas, dan Dia yang memilih siapa yang layak untuk mendalami ilmuNya. Wallahualam



dari hati yg tulus,
aidasakinah.

Comments

Popular posts from this blog

Life

Room Tour

END OF YEAR 4