What MCO has done to Aida Sakinah
Hi and assalamualaikum guys!
Semua okay tak tu kat rumah? Still bertahan even dah sebulan dipenjara di rumah sendiri? Hahaha. Bertabahlah semua demi kesihatan semua orang. Deep inside dah koyak teruks ni tapi bila mengenangkan puasa and raya nak datang tak lama lgi, so redho and remain at home je la. Doa yang baik-baik.
Post kali ni sis nak jot down apa yang sis dah buat/ masih buat/ takkan buat dah haha sepanjang perintah kawalan pergerakan ni. Mula- mula rasa macam penting ke nak tulis post bagai? tapi bila fikir kali kedua hingga kali kelima, and rasa benda-benda ni macam once in a life time, baik aku tulis. Mana la tahu kan ke depan-depan nak citer kat anak cucu yang nenek kau dulu kena kurung ngan kerajaan sebulan lebih dalam rumah sebab virus corona, gituuuuuhhhhh.
1. Sleep, sleep and sleep.
Pengakuan benar: seketul aida sakinah mempunyai hobi suka tidur.
Serius cakap, kalau kena pilih antara makan, jalan-jalan dengan tidur, aku akan still pilih tidur no satu haha, sebab aku suka gila tidur. Dia punya tahap suka tu sampai aku mengantuk punya la awal, end up bangun paling lambat. terukkan perangai? so bila time tengah tak buat apa ni most of time memang aku pilih tidur, even aku duduk atas sofa je pun, terus lelap mata hahahaha.
Satu lagi reason sebab sejak masuk uni, memang masa tidur aku jadi amat amat lah limit. Kelas everyday pukul 8 pastu setiap malam nak masuk pkl satu macam tu baru aku tidur, so aku cam lupa jap macam mana nikmat tidur tu. sekarang apa lagi sesi balas dendam la. tapi lately ni badan aku dah macam react dengan sleeping time gila aku, so aku jadi insomnia tengah malam haha.
2. Watch bunch of korean movies plus cartoons (my fav!)
another thing yang aku buat kat rumah masa pkp ni, tengok movie korea. satu masalah seketul aida ni aku cepat cepat cepat gila bosan, so aku memang tak layan apa apa cerita berbentuk drama episode panjang gila. even orang bagi review cerita tu best macam mana pun, memang aku akan jatuh bosan jugak akhirnya. so aku memang tengok movie sahaja. pastu aku ni peliks sikit; aku tak tengok movie omputih obviously sebab adegan 18sx yang aku takleh tolerate tu bhahahaha pastu citer citer alien muhong muhong tu pun aku tak boleh layan. half way mesti aku akan tutup tv/ laptop. susahkan aku?
tapi yang aku layan habis cerita kartun je la. so cuti pkp ni kebanyakannya aku tengok cerita-cerita kartun lama yang aku cam dah lupa jalan cerita dia, maybe sebab masa aku tengok tu aku kecik sangat lagi kot. so memory loss kan jadi lupa pulak cerita tu pasal apa. percaya atau tidak aku guling guling gelak macam apa lagi tengok Ice Age. padahai aku rasa cerita tu tak la gempak tara mana. peliks kan?
3. Scroll ig up and down non stop (uninstall then 2hr later install balik, then regrets and the cycle repeats)
4. Cooking
not really pro but have to otherwise craving will eat me back. pastu ditambah dengan tak boleh nak keluar gi mana, and rumah kitaorang tak ada coverage food panda grab food dan sewaktu dengannya, so kalau craving apa apa memang kena buat sendiri. setakat sebulan lebih pkp ni, menu yang aku dah try buat ; mango pudding, homemade keropok lekor, moist chocolate, bread pudding, burger, spaghetti wowowowow macam dah boleh masuk Master Chef Malaysia ja kan bunyinya?
5. Habit baru : suka tukar cadar
aku tak tahu la sampuk apa yang aku kena tapi almost every week aku nak basuh cadar. mungkin sebab aku banyak tidur atas katil so dia cam sikit sikit nak cuci cadar sikit sikit nak cuci cadar. ataupun aku dah bosan ngan cadar yang sama everyday. al maklumlah katil dah jadi spot favourite sekarang ni hahaha
6. sorting my mom's kitchen
sejak aku suka watch vlog pasal decluttering ni, aku jadi terjangkit nak buat sama, so aku start ngan dapur mama. memang aku sort habis segala tepung, rempah ratus makanan segala mak nenek dalam kabinet mak aku tu. pastu nak mudahkan orang masak aku buat label siap-siap kat balang, so takde la nanti tak jumpa la apa la pastu beli yang baru. padahal ada je dalam kabinet tu.
7. repeat reading the same novels again and again
alang-alang dah bosan sangat aku baca ja balik segala novel yang ada dalam kabinet rumah tu, pastu end up aku rasa menyesal tak beli novel masa awal pkp dulu, boleh lah aku baca time cuti-cuti panjang ni kan. disebabkan rasa bersalah tu maka aku pun apa lagi online shopping segala novel yang aku takdak lagi hahaha. terlambat betui!
8. least hours of study / post read / online class / making notes.
which all of them haunt me every single day huarghhhhhhhhh. syaitan malas belajar dah mula hembus-hembus kat aku sejak berminggu minggu kebelakangan ni. liat betul nak study sekarang. harap ramadhan nanti syaitan malas belajar kena ikat!!
aku rasa itu je kot yang aku buat time pkp ni haha sumpah boring.
all in all just happy with yourself and keep being yourself!
bye,
aidasakinah.
Comments
Post a Comment