Daily Routine as Dental Student

Hi and assalamualaikum.

Today sis terpanggil nak post pasal daily schedule dari A to Z as dental student; mainly as year 2 lah. Since it's clearly stated that every year routine harian kitaorang tak sama, so sis nak note here manalah tahu kan ke depan depan nak baca untuk anak cucu hahahaha takleh blah betui.



6.30 am - 7.30 am

Everyday kelas sis start pukul 8 pagi. SETIAP HARI. so jangan nak berangan nak bangun lambat nak guling guling satu dua tiga round atas katil. Benda first sis akan buat, obviously la solat subuh 2 rakaat, pilih baju nak pergi kuliah, iron baju and kemas katil. Then, bila semua dah ready dah cantik molek baru sis akan mandi pagi. Sebab once sis mandi sis akan terus bersiap, kemas beg pakai tudung ambil kunci kereta dan gerak ke kuliah. Usually lepas park kereta, sis akan singgah kafe pakya dulu, beli kuih dua tiga biji untuk lapik perut.




8.00 am -1.00 pm

Selalunya setiap hari isnin, rabu and khamis, sis akan masuk simulation lab. Lab yang ada kepala patung banyak banyak tu. Depends pada latihan or requirements yang ada, kitaorang akan buat exercises, evaluation, kemas lab and etc sampai pukul 10 pagi. then, kitaorang akan move ke academic building utk lecture sampai lunch hour. mostly after 2 pm kebanyakan lab amali, tapi sometimes ada jugak lecture sometimes lab cons (simulation lab) and kelas cancel haha. 
p/s:  every jumaat 9.00-5.00 kitaorang kelas prostho (gigi palsu bahasa mudahnya). so dari pagi sampai petang memang stay lab tak ada lecture.



5.00-7.00 pm

ini ikut musim, kalau ada tournament sis akan turun training volleyball. kalau musim exam or dah habis tournament lepak bilik je sambil guling guling atas katil hahaha, rajin sikit keluar makan, kalau malas lepak bilik je lah sebab dah penat seharian kelas. sometime kalau ada requirement or submission denture (gigi palsu) kitaorang akan stay lab sampai 7 malam, duduklah dekat lab siapkan gigi palsu tu.

7.00 pm - 9.00 pm

ini masa untuk makan malam, maghrib, isya', mengaji and etc. nak scroll ig ke masa ni lah. 

9.00 pm - 12 am

malam depends la kalau esok kena buat pre read, so study skit topic esok. kalau ada quiz study subjek quiz, kalau kena buat discussion ke waktu ni lah. nak buat post read nota and etc. lepas 12 tu sis dah high kepala ting tong so kena masuk tido. sorry la sis bukan kaki stay up.

macam itu lah rutin setiap hari. tapi bila mai musim exam dia cam lain pulak haha. dia punya masa tido ke laut masa makan ke laut haha. setakat ni okay lagi, kata senior lah. bila naik clinical year dah start ambil patient lain pulak citer dia. nampak katil je manjang haha. so doakan lah sis survive clinical 3 tahun yang akan datang. Amin!

Gotta go,
aidasakinah.

Comments

Popular posts from this blog

Life

Room Tour

Drama Review : Lelaki Kiriman Tuhan