Welcome to Kapas Island!
Hi and assalamualaikum everyone.
For the first time in my life, hari weekend dihabiskan di fabrication lab. Wow, terasa vibes sebenar as dental student! Before this selalu tengok hari sabtu pagi seniors jalan ke kereta bawa tools box bagai ke lab. Hah rasakan sekarang dah kena hadap segala benda ni.
But, itu bukan content blog post kali ini. Hari ni sis nak kongsi pasal my latest short trip to Kapas Island. fyi, kapas island ni part of Terengganu, which kena naik bot dari Jeti Marang. Luckily, since dah jadi rakyat negeri pantai timur ni, distance kuantan-marang more or less 3 jam lebih sahaja.
Sis pergi short trip kali ni dengan my schoolmate, Bubu. the real story ialah sepatutnya 4 orang punya trip, but disebabkan dah start tahun baru pengajian, lagi dua ketul mak ciks terikat dengan program universiti masing-masing.
Day 1 : Terminal Sentral Kuantan-Jeti Marang-Pulau Kapas
Sis gerak from UIA around 8 pagi, naik bas Transnasional pukul 8.45 pagi, and sampai di Marang around 1 petang (plus minus rehat makan semua). Sampai je dekat jeti, kitaorang isi perut dulu dekat warung, then solat siap-siap di surau. Told ya toilet and surau dekat jeti memang tiptop and convenient.
Next, kitaorang naik bot around 3 pm, and sampai di Longsha Campsite around 3 lebih-lebih macam tu. Another information, kitaorang pergi camping, tak amik bilik or chalet, just khemah biasa and open toilet and kitchen. Campur semua package include snokerlling + boat transfer + tent rent = rm 130 per person sahaja.
Aktiviti first kitaorang ialah snorkeling. Since kitaorang sampai lambat, tak dapat la nak ke Taman Laut, sebab air dah surut. So, kitaorang snorkeling area campsite sahaja. Itupun dah cantik batu karangnyaaaaaaaaa. Amazingggggggg. Cantik sangaaattttttt. Gitu!
Bila matahari dah macam nak set, kitaorang jalan dekat persisiran pantai sambil photo shoot sakan. Nak dijadikan cerita, tengah nak bergambar tu, my friend's punya goggle hilang. Kitaorang macam OMG...macam mana ni nak cakap dekat owner campsite tu ???
Tapi.... pak cik tu tak marah pun, dia just cakap relax tenang jangan gelabah jangan stress siap suruh kitaorang duduk lagi. OMG *again* baiknyaaaa pak cikkkkk niiiiii!
Then, dah nak dekat maghrib tu, kitaorang pun mandi, sebab ramai orang and kena queue, guess what masa tengah mandi tu ribut and kitaorang still lagi nak mandi dalam toilet! Bila dah lari ke khemah, ha amik kau khemah dah terbalik. Masa tu rasa macam tenggelam dunia! HAHAHAHAHA
Again, pak cik yang baik tu tolong kitaorang selamatkan barang-barang semua, and bina balik our tent. So, malam tu tidurlah kitaorang dalam khemah yang kebasahan and baju semua basah.
Day 2 : Pulau Kapas-Kuantan
Awal-awal pagi lagi kitaorang dah bangun, solat and then terus nak gi hiking bukit singa. Tapi yang lawaknya tak tahu bukit tu dekat mana hahahaha. Try and error jugak, mula-mula kitaorang hiking to south of pulau kapas, halfway hiking tiber rasa instinct macam salah, patah balik ke north pulak. Nasib baik tengah jalan ada orang tunjukkan jalan, and bagitahu kat mana.
But, kitaorang tak pakai life jacket and tak ada tour guide. Once dah sampai part yang berbatu-batu tu kitaorang tak berani, plus air pun tengah pasang lagi. So kitaorang decided untuk patah balik.
Sampai di campsite, kitaorang terus pack and balik ke jeti marang.
So nak cerita dekat sini, kalau nak pergi vacation kat pulau, silalah check weather and study skit pasal air pasang and surut. BHAHAHAHAHA.
Kbye,
aidasakinah.
Comments
Post a Comment