How I Spent My Mid Term Break

hi again. and assalamualaikum.

first week of Block 3! Blok paling busy dengan aktiviti luar; Scientific Evening and Tadika Visit. So excited :)

hari ini serius malas gila nak bangun dari katil, end up tengah hari baru rasa macam manusia balik, and masa mandi tiber rasa macam nak recap balik apa yang aku dah buat sepanjang cuti 2 minggu [halah halah dua minggu je pun]

Short Tour to Penang Sentral

untuk rakyat penang yang setahun 3 kali ja baru boleh jejak negeri kelahiran, tengok penang sentral dah cukup buat aku kembang nak mengaku aku lahir kat pulau pinang hahahaha. yelah masa bangunan tu officially bukak, aku still dekat kuantan. bila dah balik penang and tuptup turun bas dekat tempat asing, terus jakun 30 saat. serius, cantik gila penang sentral, sebab location dia sangat strategik, sebelah laut, and dia connect-kan ktm, bas dengan feri sekaligus. memang level antarabangsa lah, kalah tbs. HAHA

Hiking to Suling Hill

ni cerita lawak. plan asal nya nak pergi Ceruk To' Kun. aku yang duduk kat Bukit Mertajam (BM) 20 tahun pun tak pernah sekali pun jejak kat situ. pastu bila aku usul dekat mak aku, mama cakap better pergi suling hill. lebih dekat and katanya view dia cantik. so, malam tu jugak ws hana and janji esoknya kitaorang akan bangun 7.30, nak pergi tengok sunrise kan.

then, kesokkan harinya, aku yang first time nak pergi suling hill ni, suruh la cik hana waze kan jalan. nak dijadikan cerita sesat duh sampai kedah. siap naik bukit macam nak pergi cameron highland. plus minyak pun tinggal suku tank je lagi. then. kita orang redha and u-turn balik, and nasib baik kita orang follow 2 biji kereta ni, and luckly diaorang pun nak ke suling hill jugak.

masa mula-mula nak naik suling hill tu, perghh tanah sekeliling gersang nak mampus, jalan pun macam jalan kampung kebun getah something like that lah. and yang paling tak boleh nak brain ialah kitaorang follow akak tu naik suling hill guna kereta. that's mean kitaorang hiking dengan kereta! bila dah sampai puncak baru la kitaorang sedar yang sebenarnya kena park kat bawah kalau nak hiking ikut track.

nak dijadikan cerita lagi, kita orang berkenalan dengan 2 akak ni, and diaorang ajak kitaorang turun sekali lagi and try hiking guna track sebenar. Finally, kelaur jugak peluh, and the best part ialah dari atas suling hill tu view dia memang superb, sebab ada mengkuang dam, ala-ala tasik antara 2 bukit gitu.

lepas hiking kitaorang lepak dekat puree juice, and makan makanan berkhasiat- thanks to hana yang craving tak tentu pasal nak makan smoothies haha.



Langkawi Trip 

memandangkan minggu terakhir cuti aku jatuh sama dengan cuti sekolah sempena CNY, mama abah bawa lah seketul anak dara diaorang ni jalan-jalan ke Kuala Perlis. Kuala memang best dengan ikan bakar, seafood fresh and sangat satisfied dengan masakan dia. kitaorang spent first night makan dekat ikan bakar yang betul betul dekat tepi kuala perlis. view dia sangat cantik sebab boleh tengok sunset sambil makan ikan jenahak bakar cicah air asam.

the next day kita orang buat day trip ke langkawi, sebab mama ngan abah macam dah plan nak beli itu la ini la dekat HIG, so kitaorang grab je tiket apa yang ada, and paling best, aku bawa mama and abah naik grab for the first time. Yeah!

malam last kat kuala, kitaorang gi restoran api-api, betul-betul sebelah sungai perlis. kitaorang memang wow dengan restoran ni sebab makanan dia sedap, cepat, pastu bersih, even kereta bersusun, kitaorang tak tunggu lama la. highly recommended and for sure akan datang balik one day!



Shol's Wedding

setelah sekian lama tak buat kenduri, akhirnya ada jugak cucu Tok Wan Mad yang naik pelamin di tahun 2019. Kak Sholihah anak njang yang ke -4. Kalau ikut plan asal aku kena tuang kelas semata-mata untuk attend wedding kak shol. tapi sebelum aku tuang, lecturers awal-awal lagi cancel kelas. HAHA. selalu tak dapat nak buat jahat. 

Wedding keluarga memang aku tak akan miss, sebab semua orang akan balik walau duduk jauh mana pun, berkumpul, update kehidupan semasa, walaupun sekejap tapi bonding family tu sangat kuat. looking forward to be part of any family wedding. hopefully bukan wedding aku la HAHA.


and now, back to the reality, kelas - lab- test and dental life.
waiting for the next break:)

aidasakinah.

Comments

Popular posts from this blog

Life

Room Tour

Drama Review : Lelaki Kiriman Tuhan