Room Tour
Salam jumaat peeps ;)
Setelah sekian lama plan nak buat room tour (acah gilaaaaaa), akhirnya hari ini dapat jugak post! Yeay! Macam mana terdetik nak buat room tour. Masa aku di CFS dulu, memang kitaorang google, youtube and etc nak cari luas bilik masa degree. And end up cuma ada blogger yang lama-lama ja. So for the sake juniors yang nak tahu macam mana sebenarnya rupa mahallah korang nanti, boleh jemput baca.
Basically, di UIA Kuantan ni ada 3 sahaja Mahallah (Kolej Kediaman), iaitu
-Mahallah Ummu Kalthum [ sisters - khas untuk students Nursing, Dentistry dan Medicine ]
-Mahallah Fatimah Az- Zahra [ sisters - students selain dari yang di atas ]
-Mahallah Khalid al- Walid [ brothers - semua]
Sis duduk di blok 11 MUK, which is boleh dikatakan majoriti penghuni blok 11 ialah Dentistry dan Nursing. Satu bilik akan diduduki oleh 4 orang sahaja. Ada 4 compartment ( A,B,C,D) and tips bilik-bilik yang bernombor 12 dan 13 adalah bilik yang besar [termasuk bilik saya HAHAHAHA]. Jangan risau, setiap blok ada 2 lif, share satu kafe dan bilik laundry and tandas setiap aras ada dua bahagian.
Beza mahallah MUK dari CFS Gambang ialah compartment lebih besar and ada dinding pemisah plus tirai untuk jaga masalah aurat #uia. Each bilik ada ruang kecik dekat tengah, untuk korang borak-borak atau letak iron or anything. So tak la kecik and tak la besar sangat. Sempurna elok untuk degree life.
I duduk compartment D. Tingkap menghadap corridor, memang jarang la nak buka tingkap, kang ada yang mengendap. Dekat dengan pintu nak keluar cuma terperangkap sikit sebab pengudaraan kena tumpang compartment sebelah. Setakat ni kalau jiran compartment OTP malam-malam, still boleh dengar. Dinding pemisah tu bukan la sampai siling pun. Nak mengendap kawan buat apa kat sebelah boleh lagi kalau panjat kerusi.
Masa mula-mula masuk, yang disediakan cuma tilam, rangka katil, loker [tak ada compartment untuk baju berlipat plus satu laci besar], meja lengkap dengan lampu studi and rak buku dan kerusi. Sis pelan-pelan beli karpet, sebab sejuk and keras kalau nak sujud. Buat hiasan dinding sedikit, and buat tempat khas untuk whiteboard; ini untuk preparation exam kalau nak tulis-tulis di dinding. Mula-mula ada plan nak beli rak, but bila teringat baru first year, tak nak crowded kan lagi. Sebab faham sangat, dalam 5 tahun ada berjuta-juta barang lagi akan diterbangkan ke sini. Ihiks!
Hopefully dapatlah bagi gambaran sedikit sebanyak macam mana rupanya Mahallah Ummu Kalthum ni. Feels like at home, itu yang paling penting.
Gotta go,
aidasakinah
Comments
Post a Comment