Tips Study Level Aida ;)
Hai, assalamualaikum semuaaaaaaa!!!!
Happy weekend, happy school holidayyyyyy!!!!
Hari ini plan nak kemas bilik, tapi sebab rumah still dalam renovation, kau kemas sungguh sungguh macam esok mak mertua kau datang nak masuk minang pun tak dak gunanya jugak. [Apakah?]
Alang-alang tengah free free ni, meh nak share skit tips belajar level aida sakinah. Kalau rasa aku ni tak layak untuk jadi idola, tak payah lah baca. Senang!
5 TIPS BOEK BELAJAR AIDA!
Satu : Mesti ada time table
Ini memang habit aku, sejak dari sekolah menengah lagi aku rasa. Bila dah masuk universiti ni, acah gempak sikit, aku download kalendar yang ada ruang yang banyak and kita boleh jot down important things according to the dates. So by looking at this calendar, aku boleh bajet apa yang aku perlu buat dulu, bila submission date, online quiz, tutorial test etc.
Lepas tu, untuk nampak highlight lagi gempak, aku akan buat short list atas sticky notes, make sure tulis mesti nalla punya besaq, baru macam alert skit. Benda ni aku apply bukan sekadar study, aku punya daily aktiviti pun aku akan tulis jugak. Like,
IMPORTANT THINGS :
Laundry
Sign outing card
Beli A4 kat koop
lebih kurang la,
Dua : Time Interval
Cara aku belajar memang aku apply ikut badan aku. Memang dari zaman asrama sekolah menengah sampai masuk u aku tak reti nak stay up lebih pukul 12. Mula mula aku ingat nak try la lepas masuk CFS, tapi memang tak boleh weiyh, unless aku minum nescafe malam tu insyaallah. So, aku punya time belajar antara 9 malam sampai pukul 12. Ni waktu paling efisyen aku rasa. Aku memang fokus betul betul waktu malam. Kalau study petang, aku boleh pergi sampai asar. Aku tak akan study lepas asar, kecuali kalau sangat terdesak. Kalau weekend atau aku ada gap waktu pagi tak ada kelas, aku akan study jugak up until 12 tengah hari.
So time interval setiap orang tak sama. Kebaikan masa aku ni, aku jarang tidur dalam kelas, and masa semester 3, aku tak pernah tidur langsung. Mungkin keberkatan or disebabkan time study aku yang tak kacau masa tidur.
Tiga : Dengar Music atau Senyap?
Kalau aku study Math atau Physics, sambil buat calculation aku akan pasang music and sometime aku akan menyanyi. Ni salah satu cara nak elakkan aku mengantuk cepat. Tapi kalau nak baca Biology, aku prefer buat waktu pagi and susasana mesti senyap. Untuk elak mengantuk masa study Bio, lepas baca satu bab, aku akan terus buat mind map. So sambil baca sambil buat nota. Ni paling berkesan aku rasa la.
Empat : Latihan Study Week
Ni satu pesanan mak aku yang aku pegang sampai sekarang. Selagi kita tak buat latihan mencukupi, selagi tu kita tak akan ready nak exam. So, sepanjang study week, macam mana tak sempat cover baca sekali pun, mesti buat latihan. Lebih kepada buat latihan sambil study. Insyaallah akan cepat ingat, and mistake yang kita buat tu kita akan lagi aware. Jangan terkejut kalau soalan kita buat naik dalam exam HEH!
Lima : Study Group
Antara semua tips tips yang aku bagi kat atas ni, akan jadi sangat sempurna kalau korang ada study group. Memang sangat berkesan, serius cakap weiyh. Tambah tambah kalau teammates korang dari kelas lain, atau belajar dengan lecturer lain. Masa ni, korang akan nampak salah faham mana yang korang belajar tak betul dulu, then teknik jawab yang betul, ada discussion, and the best part ialah bila mana part yang korang kena bentang tu naik masa exam. Walaweyyyyyyhhhhh heaven! Aku dah pernah rasa banyak kali dah. Alhamdulilah. Kadang kadang yang last minute bincang tu la yang nak naik. So cari teammates yang berguna yang mampu membawa ke syurga kejayaan. Perghhhh!
Last sekali, sepanjang proses korang belajar ni, setiap masa dan ketika ingat balik kat Allah. Apa apa pun kena kembali ke tujuan sebenar kita manusia. Time maghrib isya tu spend masa betui betui untuk beribadah. Kalau ada masa lebih buat la solat sunat mana termampu. Sikit tak apa yang penting khusyuk dan sampai matlamat jiwa dan hati. Gitu,
sekian,
aidasakinah.
Comments
Post a Comment