Best of Raya 2018

Happy Saturday and SELAMAT HARI RAYA UOLLLLSSSS!!!
Walaupun dah raya ke berapa baru nak wish, sis tetap nak ucap selamat hari raya maaf zahir dan batin. Minta ampun atas salah silap terkasar bahasa, salam kosong kosong!

Cuti sekolah pun dah berbaki sehari setengah, budak budak kolej pun dah banyak balik kampus, ada yang baru nak mendaftar etc. So sis pun dah nak buat conclusion untuk raya tahun ini. Hukhukhuk

1. For the first time ever in my life, sis raya di Penang #teamrayapenang

Kalau tahun sebelum sebelum ni, sis akan balik Kedah lepas subuh 1 syawal and terus stop dekat Masjid Alor Mengkudu untuk solat hari raya. But, disebabkan raya tahun ni jatuh hari Jumaat, which my dad kena buat dialisis, so kita orang raya kat rumah dulu.

Serius, sangat penat sebab budak budak non stop datang beraya. Cuba bayangkan loceng rumah ting tong setiap masa, and paling tak boleh blah siap menyanyi nyanyi lagi nak datang beraya HAHAHAHA. Seronok sembang dengan budak budak taman ni semua, dengan tak malunya minta ketupat, teh ais, durian, singapore pie, nak tumpang tandas la, lari buang makanan kat longkang la, macam macam. Bayangkan, duit raya habis masa satu syawal dek penangan budak budak datang beraya. HAHAHAHA.

2. Catch up with the oldies

Raya kedua, barulah balik Kedah. Tu pun tak sempat nak bergambar apa semua sebab masing masing sibuk nak bersembang. Sangat best bila dapat jumpa mak menakan yang semua bising level nak pecah tingkap. Sambil makan makan sambil gosip gosip and paling penting, hari nak dapat duit raya banyak HAHAHAHA.

3. Reunion Raya with Peeps

setiap tahun memang agenda wajib untuk ukur taman dengan geng sekolah rendah. EVERY YEAR GUYS. dari zaman naik basikal pastu jalan kaki naik moto and sekarang masing masing dah boleh drive kereta. dari rumah hana ke rumah fatin ke rumah ustazah fuziah ke rumah cg rodiah ke rumah syazana kat tasek gelugor and last stop ke rumah izzatul kat lunas. dari sebelum zohor sampai isya kami beraya. siap ootd dekat sawah padi bagai. HAHAHAHA.

at the end of the day, happy sangat sebab dapat catch up balik, sembang sembang dengan cikgu, update itu dan ini, and eratkan silaturahim yang daripada kecik kami kawan sampai semua dah cantik cantik belaka.

So secara overall nya, raya tahun ni berkonsepkan sederhana. No fancy clothes, sis repeat je baju baju raya tahun lepas,  no ketupat and lemang on first syawal, kuih raya beberapa balangs jer [sis tak suka kuih raya]. dapat makan cornflakes madu pun dah bersyukur yang amat. HAHAHA






setakat ini raya bersama sis,
aidasakinah.

Comments

Popular posts from this blog

Life

Room Tour

Drama Review : Lelaki Kiriman Tuhan