It's time to say goodbye

Last week of lecture.

Akhirnya sampai ke minggu 14, semester terakhir di CFS. Lagi dua minggu untuk bertapa di bumi Gambang sebelum melangkah pergi selamanya. Entah akan kembali atau tidak. Semua course work dah submit, tinggal satu dua tiga benda lagi and then fokus untuk final, lagi dua minggu menyapa.

Tak sangka dari awal mula isi UPU, tak pernah ada gambaran pun dalam angan angan nak jadi warga UIA. tapi takdir membawa aku ke sini dengan penuh misteri. Terlalu banyak yang berlaku dari hari pertama, dari satu tempat ke tempat yang lain, dari bandar ke ceruk kampung, dari pengangkutan pesat kepada terperap di dalam bilik HAHAHA

Dan tak sangka juga diri ini dah 19 and tak lama lagi akan mengorak langkah ke alam universiti. Moga keinginan untuk bersama para doktor gigi tercapai, Ammeeeeeen. Dan dapat bertemu dengan expected faces di KOD.

Untuk sesiapa yang sedang dalam fasa peralihan, dari sekolah ke pra universiti, dari prauniversiti ke uni dan sebagainya, ingatlah buat pilihan yang tepat. Jangan bazirkan masa yang ada. Kita manusia biasa dan mustahil untuk cuba semua perkara dalam kehidupan. Mulakan untuk kenal diri, bakat, minat dan kesukaan. Develop inner self kita. Itu benda yang aku selalu cakap pada diri. Aku tak boleh bazirkan setiap masa kalau aku nak capai kehidupan yang seimbang.

Hargai setiap perkara yang berlaku dalam diri, Jangan biarkan orang lain menghalang kita untuk bersinar jauh, dan jangan cuba jadi orang lain. Hargai diri, dan tetapkan matlamat diri. It's good to be extra ordinary.

                                                              RECAP CFS SEMESTER 3;)



Salam perpisahan,
aidasakinah.

Comments

Popular posts from this blog

Life

Room Tour

Drama Review : Lelaki Kiriman Tuhan