Love nature, Safe Future
Another trip before midsem! Last weekend, kita orang ke Elephant Sanctuary Kuala Gandah. Banyak perkara yang aku belajar pasal bintang liar ni. Sebelum ni memang tak ada minat atau perasaan bila cakap pasal gajah. tapi bila pergi ke sana, rupa rupanya sedih pula tengok life story gajah yang terlepas ni!
Masa mula mula dapat tau kata Hisbah Al Khazili [hisbah tu macam level di kolej kediaman] nak organize field trip ke Kuala Gandah, aku n Hanin [ roommate] memang awal awal dah pesan dekat committee untuk reserve tempat kami berdua, mentang mentang line up semua classmates sendiri, HAHAHA. Then ramai yang tarik diri sebab suppose last week [minggu selepas trip gajah] ramai yang ada test la apa la bala la hahaha. Tapi aku dah awal awal lagi cakap dekat diri aku, peluang datang sekali ja dalam hidup. Untuk ke Kuala Gandah dengan free tanpa perlu pergi sendiri seorang diri bukan benda yang akan datang 2,3 kali dalam hidup.
Jadi, dengan hati yang cekal, n yang tak boleh belahnya bawa buku pula tu ke sana hahahahaha kami pun bertolak ke sana seawal 7.30 pagi jam Melayu. Perjalanan dari Gambang nak ke Kuala Gandah lebih kurang dua jam lebih sebab Kuala Gandah tu dah half kawasan hutan, jadi kitaorang kena masuk dalam perkampungan skit naik turun bukit skit baru sampai.
Benda pertama yang kami kena buat ialah bersihkan kwasan sekitar. Memang rasa macam berat ja nak buat, but then teringat video Aida Azlin, Find Your Broom. terus ikhlaskan hati buat walaupun orang lain sibuk sibuk amik gambar je. Mana tau Allah pandang usaha kita nak bersihkan kawasan gajah. Pelancong luar negara sangat ramai, and semua orang teruja nak tahu pasal gajah. Worldwide rupaya Kuala Gandah ni.
Lepas bersihkan tempat, kami kena sediakan makanan gajah, like potong tembikai and tebu, kena basuh kandang dia, kena buang najis dia then mandikan dia dalam sungai. Sangat best sebab gajah haiwan yang bijak and mudah nak dikawal, just bagi a few arahan dia akan ikut. Sedih pulak masa nak balik sebab memang jatuh hati dengan gajah gajah ni semua.
The best thing ialah, aku berjaya discover another like yang ada dalam diriku aku which is, love nature. I found peace, love , contentment bila ada kat sana. Perasaan yang susah nak dapat bila duduk dekat bandar. I love to face challenge ala ala explorace gitu. So. sekrang boleh la merancang nak ke Taman Negara Pahang huhu :)
Apa yang aku nak highlight kat sini, tak banyak anak muda yang suka akan alam, yang sanggup luangkan masa masuk hutan, masuk zoo masuk tempat tempat ciptaan Allah ni. Sebab kehadiran gajet menghalang kita untuk tengok alam dengan kaca mata dan paling penting dengan mata hati. Kita sibuk nak ada gambar terbaik dalam ig, nak buat status n story, tapi lupa untuk refleksi setiap ciptaan Allah. Aku pun melalui benda yang sama. Semoga setiap apa yang kita lakukan, akan semat dalam ingatan kita untuk menghargai setiap anugerah Tuhan.
aida, who loves nature.
Comments
Post a Comment