Food Hunting

Assalamualaikum, and happy sunday uolls!
Hari ini hari yang kedua di rumah ^heaven^ and satu benda apa pun tak buat lagi. HAHA

Memang seminggu lebih taram perasaan dari update blog sebab terlalu banyak assignment perlu disubmit, quizzes, test, tutorial and macam macam. Pejam celik pejam celik lagi 7 minggu nak habis asasi meaning, tak lama dah untuk ke Kuliyyah of Dentistry, Amin.

Menda pertama nak di hapdetkan hari ini, ialah Food Hunting. Sebenarnya food hunting ni dah lama, cuti raya cina lepas. Plan asal nak ke Pulau Kapas, tapi cuaca tak mengizinkan, terpaksa lah berlegar legar dalam Kuantan-Gambang sahaja. Tapi, insyaallah one day akan ditunaikan jugak. So, aktiviti berlegar legar yang kita orang plan ialah food hunting sekitar Kuantan. Let's read together!

1. Nasi Vanggey, Indera Mahkota.

Kedai makan nasi kandaq ni memang antara yang fames amos di Kuantan, especially nasi beriyani dia. Memang umph. Lokasi betul betul depan uia kuantan, side hospital kuantan punya gate. Harga agak berbaloi jugak, harga students and the best ialah 10% discount untuk student uia yang bawa kad matrik ke mana sahaja anda berada. Highly recommended untuk those yang kaki melantak nasi kandaq.


2. Doffi, Donut Coffee Cafe

Ini level Dunkin Doughnut kalau di Kuantan. Rasa donut dia sangat lain ibarat makan roti bun, sangat empuk gebu umphhhh. Kami order lima keenam biji untuk 4 orang and harga pun okay, kedai sangat cantik and peaceful untuk those yang nak buat assignment sambil hirup kopi bercicahkan donut. Kelasss sangat. HAHAHA


3. Kula Cakes, Kuantan

Ini adalah the most favorite place in Kuantan. Wajib ke sini pekena manggo cheese cake kalau berkunjung ke Kuantan. Sangat sedap kek dia ala ala secret recipe. Kawan kawan kata lagi murah n sedap dari secret recipe. Maaf saya bukan penggermar kek. Kalau tanya bab bab kek ke laut ye. Aku bedal ja semua kek yang diaorang order hahahaha. Konsep kedai dia ada dua, outdoor and indoor. Kalau outdoor, ibarat kau makan sepotong kek di Penang Art Street gitu, HAHAHA





4. Teluk Cempedak

Ini common place dekat Kuantan. Katanya satu satunya pantai yang hidup. Mostly belah malam macam konsert dah aku tengok, dengan buskernye dengan pasar malamnye dengan mcd and so on. Tapi kalau tanya pendapat aku , aku kureng sikit dengan TC ni. Sbb dia tak mendamaikan langsung. Buat aku senak perut ada la. HAHAHA. Looking forward untuk ke mana mana pulau nearby, InsyaAllah.

Reflection dr food hunting ni, it was nice to try and learn about food and culture. Berjalanlah selagi mampu untuk menilai dan memerhati cara hidup orang lain, cara diaorang berkomunikasi, makanan masyarakat diaorang. Sebab the best teacher in life is experience.

Looking forward for more journey and stories in life,

aidasakinah.

Comments

Popular posts from this blog

Life

Room Tour

Drama Review : Lelaki Kiriman Tuhan