Boy

Masa aku tulis entri ni, aku dalam ets otw nak balik penang. Ada sorang classmate aku ws aku n tanya macam mana aku boleh tak jatuh cinta. Capital HAHA.

Okay. Sejak dr skola rendah, aku memang ada masalah dengan lelaki. Masalah psychology. Lol. Aku pernah masuk bilik disiplin sebab lelaki. Aku pernah kena ligan dengan lelaki. Dan aku pernah ke BOOO depan orang ramai sebab lelaki.

Back to question dia tadi, aku selalu jatuh cinta dengan lelaki and boleh kata every year aku tukar crush. Lol. But satu benda yang mengekang aku ialah EGO.

Aku jenis manusia yang keras kepala, suka memberontak dan membangkang dan suka mendominasi situasi. Disebabkan sikap aku yang satu tu, ramai lelaki dan perempuan juga takut dengan aku. Or in other words takut nak dekati aku.

Buat masa ni aku berpegang pada satu prinsip (sebab aku yakin tahun depan prinsip aku berubah lol) iaitu only the best man wins. Kalau he is the right one, he knows how to beat me. Kedua, aku nak jalani kehidupan di mana aku mencari seorang untuk berkongsi jalan kehidupan bukannya menumpang.

Aku suka tulisan blogger iman azman, yg mana dia ada mention, capai cita cita kau dulu then akan ada nanti seseorang yg akan berkongsi jalan cerita kehidupan kau.

Aku sangat sangat paham kalau perempuan age aku kalau setiap hari dia berzikir nama lelaki. Sama ja dengan classmates and roommates aku semua. Boleh kata roommates aku semua ada partner. But, look at yourself. Kau boleh manage hidup ke tak kalau kau ada partner. Untuk aku, aku boleh katakan tidak.

Aku suka buat benda atas kaki sendiri. Urus masalah aku sendiri. Dan aku rasa cita cita adalah main concern aku. So, aku cuba avoid segala masalah hati sebab mimpi aku cuma nak jadi doktor gigi.

Macam mana aku tolong perasaan tergedik gedik nak partner?. Satu, aku selalu bayangkan abah ngan mama. Aim aku adalah at least gaji pertama aku diorang yang dapat. Kedua, aku bayangkan aku di tepi pantai or tengah jungle trekking dengan kawan kawan perempuan. Confirm benda ni mematikan hasrat kau nak bercouple. Lol.

Aku tak bangkang or sokong nak ada partner or not sebab setiap org jodoh dan jalan cerita dia berbeza. Yang penting love yourself first.



Sekian.



Comments

Popular posts from this blog

Life

Room Tour

Drama Review : Lelaki Kiriman Tuhan