pagi

setiap kali aku bangun, aku mengharapkan hidup aku lebih baik dari semalam. aku dapat belajar sesuatu dan mengamalkan sesuatu. aku percaya, kehidupan yang bermula di awal pagi dan berada dalam keberkatanNya, akan menjanjikan satu kebahagiaan dalam hidup aku.

jauh dari sudut hati aku, aku ingin memberi sesuatu makna dalam hidup aku. bangun dari lena yang panjang dan berkata; kau boleh aida!. satu kata semangat yang memberi harapan bahawa aku masih ada peluang untuk lakukan yang terbaik.

setiap pagi adalah masa kegemaran aku. aku dapat lakukan semuanya, dengan penuh ketenangan. aku bencikan pagi yang sesak dan menyesakkan, kerana aku tahu pengakhirannya juga lebih menyiksakan. mulakan pagi dengan merasai kesejukan, dan gembira diberikan lagi peluang.

moga aku masih bangun lagi di pagi esok, dengan harapan lebih indah dari hari ini.



selamat pagi;  aidasakinah.

Comments

Popular posts from this blog

Life

Room Tour

Drama Review : Lelaki Kiriman Tuhan