My Second Best Man

Assalamualaikum and salam rejab.

7.10 malam, 22 Mac 2019. For the first time, aku witnessed sendiri kematian depan mata. Dua minggu lepas call mama, and mama cakap tok wan Mad dah nazak. Tok wan dah lama sakit, since aku sekolah rendah lagi, sampai bila aku masuk asasi, tok wan dah tak boleh berjalan and terbaring atas katil ja. But last two weeks, tok wan tak makan dan tak minum.

Rezeki aku kelas hari jumaat cancel, malam khamis tu jugak aku naik bas di TSK balik Penang. Sampai waktu subuh, balik rumah rest sekejap lepas tu terus rushing balik Alor Setar [rumah tok wan]. Mostly semua sepupu sepapat aku yang jauh semua dah sampai and masing-masing dah standby dengan sebarang kemungkinan.

Petang tu, lepas asar, aku tengah main dengan anak sedara, suddenly pak njang panggil semua orang suruh masuk bilik tok wan. Masa tu, mata tok wan dah pandang ke atas, nafas dia sangat lemah, tenat sangat, and aku terkedu sebenarnya. Ada yang menangis, meraung, ajar tok wan mengucap and macam-macam reaction. Within 10 minutes macam tu, bila dah check nadi, nadi tok wan memang dah sangat lemah and suddenly nadi tu stop. Masa tu sangat hening and sunyi ja sebab semua orang like terkedu, blur and redha pastinya.

Inalillah and al-fatihah to tok wan Mad.

He was the best grandfather; the one yang ajar aku erti pengorbanan, tak pernah berputus asa, bekerja keras 24 hrs. Aku spent most of childhood time dengan tok wan. Setiap kali cuti sekolah, mesti akan duduk dengan tok wan dekat dusun, kutip buah durian, malam-malam teman tok wan bakar sampah, and he sat with us cerita pasal kisah dongeng kanak-kanak, he loves ais-krim, roti sapu jem and he's the one yang akan tunggu aku balik tadika, belikan breakfast sebelum pergi tadika, tangkap kan suparjoo bila kitaorang desperate nak bela kucing siam and macam-macam lagi.

those memories macam flash back balik bila aku tengok tok wan terbaring atas katil, berjuang sampai akhir hayat dia. and the best thing ialah tok wan sangat berjaya didik anak dia; which is my mother. Abah cakap mama tu mirror image tok wan. It's true. Mama always remind kitaorang macam mana susah payah tok wan datang KL hantar mama masuk UM, and he was so proud sebab mama his only child yang dapat masuk universiti. Tok wan pernah cakap tanggungjawab dia kepada mama dah cukup sebab mama dah ada education, kerja yang stable. Their stories are inspiration for me to do better for my parents. Kalau mama boleh sacrifice everything for tok wan until his death, aku jugak boleh buat lebih daripada tu because mama and abah deserve more.

Ya Allah ampunilah dia, kasihinilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosanya.


aida sakinah.

Comments

Popular posts from this blog

Life

Room Tour

Drama Review : Lelaki Kiriman Tuhan