Tuti, The Stray Cat
Hi, and assalamualaikum.
18 days left and I cannot move on from my long break. Hurgh.
Hari ini nak cerita pasal seekor kucing, yang kehadiran dia menjadi tanda tanya sangat besar kepada keluarga aku. Senang cerita aku nama kan kucing ni Tuti, even tak dapat approval rasmi dari semua orang.
Hari Ahad, lokasi Sg tiang, Kedah.
Pagi ahad tu mak ayah aku pergi market untuk beli barang sebab mak aku buat makan makan dekat dusun buah-buahan. Then, mak aku balik dengan terujanya and bagitau dia bawak balik sesuatu.
Sesuatu itu ialah seekor anak kucing. Kurus keding dan suka gesel di kaki orang. Kami cuba bagi dia makan, tapi satu benda pun dia tak jamah. But, dia suka bergesel dengan orang. Tetamu kami ada anak kecik yang suka kucing, and end up main dengan kucing tu sampai tak nak balik.
Malam Ahad, on the way balik Penang
Tuti sangat diam, hanya tidur ja dalam dakapan kakak aku. Fact tambahan ; aku tak reti pegang kucing, and aku tak berapa suka kucing. Masa kami singgah kedai makan untuk dinner, kami kunci Tuti dalam kereta. and bila masuk balik kami ingat dia dah lompat keluar even tingkap tak bukak pun lol. But, lepas dah berapa minit kereta bergerak, dia tersembul balik dari bawah kerusi kereta.Sampai dekat rumah, kami letak dalam kotak, and letak Tuti dalam bilik kakak aku.
Isnin, di rumah aku.
Awal-awal pagi kakak aku dah hingaq sebab Tuti kencing satu katil, and ayaq kencing dia sangat pekat. Kena basuh cadar semua. Aku kena pergi appoinment ent surgeon, so abang yang bertanggungjawab beli makanan kucing. Balik rumah, still sama Tuti tak nak makan and dia keep tidur ja the whole day. Bila petang sikit aku paksa Tuti keluar dari bilik and berjalan, but dia pergi bawah meja and menyorok macam depressed kena tinggal laki. Then, aku realize something yang Tuti jalan macam makin lama makin terkangkang kangkang, and aku sangat cuak. So kitaorang rushing ke veterinar dekat Bertam. Dalam perjalanan tu, Tuti duduk dengan aku kat belakang -tindakan paling bodoh aku pernah buat- sebab Tuti meraung raung like nazak and aku stress sebab aku masa tu tak berani langsung nak toleh tengok apatah lagi nak pegang and usap kucing. Masa tu memang stress level aku naik and badan aku panas like aku pulak yang nazak.
Sampai dekat vet, doc cakap dia dah lumpuh and bacteria dah serang. Chance hidup 50-50 but doc bagi ubat utk try. Kakak aku positive gila, and dia try macam macam, urut butterfly la , bagi makan minum air alkali and macam macam lah. Dia tak tidoq malam jaga kucing tu sebab kencing berak kena tolong as kaki belakang memang malfunction kan. Aku pulak kena suap kakak aku makan apa semua.
Dipendekkan cerita, kucing tu bertahan sampai malam Jumaat ja. Kakak aku teriak nau nau sambil peluk kucing tu dekat ruang tv. Dah seminggu lebih lebih kucing tu pi and sekarang kakak aku nak cari kitten baru pulak. Huh
Satu benda yang aku sedar, aku sangat takutkan kucing kucing yang macam sakit nak mati. And discovery paling besar ialah AKU BUKAN PENGGEMAR KUCING, and dulu pernah la rasa nak bela kucing but after that incident, memang aku pikir sepoloh kali weiyh, serius ngeri nak jaga kucing sakit apatah lagi kitten.
so, tahniah and salute untuk korang yang mampu jaga kitten or pet masa susah and senang. good job!!!!
sekian,
aidasakinah.
Comments
Post a Comment