The Power of Dua
Salam Ramadhan yang ke 21, semoga masih kuat mengejar misi mencari Lailatul Qadr!
Dua tiga hari yang lepas, masa aku sedang angkat baju kat ampaian, tiber aku teringat balik semua perkara yang pernah aku doa lebih kurang dua tahun lepas, malam malam terawih and sepanjang bulan Ramadhan. Dan aku baru sedar rupa rupanya Allah makbulkan semua doa aku, and aku rasa sangat hina sebab aku hanya berdoa, which effort aku untuk worship Allah tak setinggi mana pun. You get right?
1. Malam terawih
Ada dua tiga malam yang aku pergi terawih sorang sorang. Memang jadi kewajipan kalau aku terawih sorang aku akan solat dekat area muslimat bahagian bawah. Nak dijadikan cerita, masa sampai sampai tu aku duduk dekat satu ruang, and this space is between dua tiang. Hanya dua orang ja boleh solat kat ruang ni. Dalam hati aku masa tu, aku terdetik [taklah doa sungguh-sungguh] supaya orang yang nak solat sebelah aku nanti budak remaja, baya aku. So that at least, between the gap ceramah aku boleh sembang dengan budak tersebut.
Lepas dah azan isya', tup! budak sebaya aku datang masuk saf sebelah aku. And lagi bestnya dia muda setahun dari aku and kami end up bersembang pasal universiti. Then bila nak buat witir, which is part akhir solat terawih, baru aku sedar Allah menjawab doa hati kecil aku. Allahuakbar!
2. Umrah dua tahun lepas
Masa aku tengah termenung nak angkat kain, aku pun teringat pasal doa yang paling aku kerap cakap dalam hati kecil aku, which is, semoga result spm aku straight A's and batch aku dapat result yang elok. Then, bila aku fikir fikir balik, semua tu dah bertukar jadi kenyataan pun, and aku baru realize selepas setahun lebih aku dapat result. Masa tu aku terus sentap, sebab dah berapa lama Allah makbulkan, aku buat dunno ja.
3. Sepanjang bulan Ramadhan
Aku ada benda yang aku hajatkan, boleh kata sepanjang bulan Ramadhan ni, selain doa doa akhirat, doa dunia ni aku selitkan sekali. huhu. Sebab aku sangat percayakan kuasa doa senjata mukmin. And, bila hari kejadian, aku stuck sekejap sebab apa yang aku doakan Allah makbulkan. Serius at that time aku rasa bersalah, sebab aku tak buat apa apa pun yang melayakkan doa aku ni diangkat. Aku bukannya kaki usrah, tudung labuh, hafal al quran, nak baca al quran pun berkira muka surat kadang kadang. Serius aku rasa kerdil sangat. Aku mengaku aku ni bukan favorite hamba Allah kalau nak dikategorikan, but kita tak pernah tahu Allah pandang kita mcam mana kan?
4. Masa game volleyball smac
masa main volleyball dulu, boleh kata setiap game, aku akan doa sungguh sungguh supaya setiap game tu boleh dekatkan diri aku dengan Allah [keberkatan ibadah dunia, I mean] and aku ingat lagi masa game final, hati ni teriak sangat sangat nak menang, and doa manyak manyak supaya Allah nampak usaha kami satu team. Bila kami dapat mata akhir, serius rasa terkedu sebab doa didengari Allah. That the best part aku rasa. Sebab untuk something dunia like volleyball match, aku tak expect langsung doa aku Allah akan dengar. But, that incident memang membenarkan kata kata 'doa senjata mukmin'
So untuk conclude entry ni, aku bagi sikit kata kata Aida Azlin,
True happiness only lies with Allah
Because He's the safest place in the world,
Because He's home,
And because He'll always be there for you.
Just like how He is with me, now,
Always
And forever....
not your kind of ustajah,
aida sakinah.
Comments
Post a Comment