life in pj

alhamdulilah, happy weekend semua.

hari ahad pertama di pusat asasi uia petaling jaya. dengar khabar, ini mungkin semester terakhir aku di sini. tiada lagi rapid KL, mid valley, jaya one, pasar malam seksyen 17. dan kemungkinan besar, semester ketiga dan terakhir aku adalah di kuantan, pahang. semalam, aku cuba untuk google tiket flight dari kuantan ke penang and apa yg aku jumpa hanya tiket rm 200+++ and direct flight KUA-PEN hanya ada tiga hari Selasa-Khamis-Sabtu. I was like what the ?????

Memang tak dinafikan pj ni sangat daif, even kelas pun bumbung jatuh bagai and toilet dia Ya Allah, rasa macam nak bawa berus jamban everytime nak pergi mandi. Tapi one thing yang aku sangat bersyukur dapat rasa kehidupan pj ni, aku lebih matang, berani, lagi tahu macam mana nak atur kehidupan dan tahu batas batas dalam kehidupan. Bila duduk di town and keliling kau hanyalah mall, kat situ jati diri untuk tak bernafsu nak beli barang mesti tinggi. HAHAHA

Pj jugak tempat aku merasa macam macam pengangkutan awam dr flight-bus-train-grab and semua lah. Tak lah jakun bila org tanya pasal pengangkutan awam kan? Dalam masa dua bulan ni, aku nak hayati betul betul, live to the fullest lah life in pj ni, sebab lepas ni memang tak tahulah jodoh aku dengan kl ada ke tak. Aku akan graduate foundation di kuantan, and start degree pun di Kuantan dan degree aku lima tahun ye anak anak. Aku akan jadi permaustatin tetap kat kuantan nanti.

Kalau tanya pasal masa depan, seboleh bolehnya aku nak balik ke negeri tanah tumpah darahku, Penang. Sebab aku sangat percaya, selagi kita dekat dengan mak, selagi tu senang hidup kita. HAHAHA, Apakah =,=.  Dalam angan angan aku, aku nak kerja di Penang, bina empayar di Penang dan insyallah mati pun dikuburkan di Penang. Tapi itu hanya perancangan aku sebagai manusia. Perancangan Allah belum tahu lagi kan!

So, nikmati je setiap perjalanan hidup ni. Sebab, hang ada sekali ja untuk rasa nikmat setiap fasa kehidupan. Dan jangan lupa untuk niatkan setiap perbuatan kita, sebagai bekalah filakhirah.

sekian, aida sakinah.



Comments

Popular posts from this blog

Life

Room Tour

Drama Review : Lelaki Kiriman Tuhan